Sunday, November 27, 2011

Memoir of AGA 8458

Sedutan email dari kengkawan yang tak puas hati kete dia kene potong dgn myvi AGA 8458,hahahaahaha....

_____________________________________________________________

Tango dah knal ketenie..anto je bos..haha

-----Original Message-----
From: Mohd Sabki Shukry Jalaluddin - TJSB TGBIN
Sent: Tuesday, 23 August, 2011 1:10 PM
To: Ashraf Umar - TJSB TGBIN; Mohd Zhafran Mohd Zawawi - TJSB TGBIN
Cc: Faizul Nizam Bin Mohd Fuzi - TJSB TGBIN
Subject: Stop Card

Salam and good day,

Hambo tngh cari owner kepada dua kereta d dalam gambar ni....

Mintak tolong jasa baik tuan2, kerana nak bagi stop card kat deorang utk drifting kat jalan kampong pagi tadi....

Regards

SJ


The message is ready to be sent with the following file or link attachments:

sempat snap pic lagi tu...
* aku dgn alab (ek merah) merempit pg2 buta.

IMG01502-20110823-0836.jpg


Note: To protect against computer viruses, e-mail programs may prevent sending or receiving certain types of file attachments.  Check your e-mail security settings to determine how attachments are handled.
______________________________________________________________

Friday, November 25, 2011

Farewell AGA 8458

Genap 4 tahun 7 bulan AGA 8458 dah berkhidmat dgn aku,so tanggal 18 november 2011 merupakan hari terakhir dia bertuankan aku,fuhh...lama betul dah dia ke mane2 dgn aku,mcm2 tempat dah dia redah..kalo ikutkan memang sayang nak let go tenggiling tu,tapi memandangkan mileage dia yang dah melampau sangat terpaksala aku let go jugak.so apa pun kau memang tenggiling yang sangat2 bagus,tak pernah menyusahkan aku,tak pernah meragam,tak pernah breakdown tepi jalan.U r the best....farewell my friend..may your new owner treat u as how I did to u for these 4 years before.See u later my myvi AGA 8458.





______________________________________________________________

Monday, October 24, 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Hi readers,sempena musim haji ni nak post citer yang hal2 haji je kot dulu,moga-moga boleh ambik pengajaran untuk kita semua.

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntungnya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

*dengar cite kalo register Tabung Haji sekarang nak g haji kene tunggu turn lagi 20 tahun,ntah ada umur ke x aku masa tu...moga2 Allah permudahkanla urusan untuk kita semua yang ada niat untuk menunaikan haji,rukun islam ke 5 kita,insyaALLAH.

 
Kaabah
______________________________________________________________

Wednesday, October 19, 2011

9 Sebab Hati Tak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya
.


Wallahualam"
__________________________________________________________________________

Monday, August 8, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Hi readers,belum lambat lagi kot rasanya nak wish Selamat Menunaikan Ibadah Puasa untuk readers yang beragama Islam.Dah masuk puasa ke 8 kot hari ni kalo tak silap,so macam biasa la bulan puasa ni siang keje,balik keje g bazar ramadhan kalo ada teringin ape2,kalo tak memang balik umah je la makan apa yang wife aku masak,malam pulak kalo rajin(slalunya mcm tak je kot) memang g tarawikh la.Berikut adalah disertakan hikmah dan panduan solat tarawikh serta fadhilat solat tarawikh setiap malam.Selamat beramal.

Solat Sunat tarawikh,  ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan (Qiyam Ramadhan).
Tarawikh adalah kata jamak bagi tarwihah, ertinya berhenti rehat. Qiyam Ramadhan ini dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat, maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah. Kalau sembahyang itu 20 rakaat, maka akan ada lima tarwihah, atau mengikut nahu Arab lima tarawikh. Tidak ada hukum untuk berehat. Seseorang boleh sahaja terus sembahyang hingga habis, tanpa berhenti.

HlKMAH

Solat sunat tarawikh (Qiyam Ramadhan) dilakukan pada malam Ramadhan, secara berjamaah. Solat ini dilaksanakan dengan “berehat-rehat”, kerana ia biasanya dilakukan di masjid secara berjamaah. Maksud berhenti rehat adalah berhenti sekejap. Tujuan solat berehat-rehat untuk mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa, disamping memberikan keikhlasan dan ketenangan kepada orang yang sembahyang, khususnya orang yang berumur.
Solat ini digalakkan sebagai cara untuk menghidupkan malam bulan Ramadhan. Nabi menggalakkan orang qiyam Ramadhan, tanpa menjadikannya wajib. Baginda bersabda: “Siapa yang qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat(ihtisaban) akan diampuni dosanya yang lalu.” (Riwayat Jamaah)
Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat dan diberikan hikmat, antaranya ialah malam diturunkan Quran dan “lailatul qadar”. Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh seseorang. Solat tarawih ini jika dilakukan pada bulan selain bulan Ramadhan dipanggil solat malam – “solat lail”. Namun solat tarawih lebih utama kerana kedudukannya pada bulan Ramadhan. Solat ini tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi, tetapi cara melakukannya ada kalanya berjamaah di masjid dan ada kalanya tidak.

CARA

Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya. Jumlah rakaatnya berbeza-beza antara lapan, dua puluh, tiga puluh dan sebagainya. Terdapat hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Saidatina Aisyah r.anha, isteri Rasulullah s.a.w, melihat baginda bersolat tarawih di rumah lapan rakaat. Dan terdapat amalan sahabat Nabi s.a.w yang pernah menjadi imam solat tarawih pada zaman Nabi, iaitu Ubai bin Kaab r.a, yang mendirikan solat ini 20 rakaat (juga diriwayatkan oleh Bukhari).
Terdapat juga amalan penduduk Madinah melakukan solat tarawih 36 rakaat, dan dalam hadis riwayat al-Baihaqi mengatakan ada sahabat yang solat tarawih 200 rakaat. Mereka berpendapat bahawa solat tarawih (qiyam Ramadhan) adalah nama lain bagi solat mutlak malam (qiyamul lail}. Jika qiyamullail tidak dihadkan jumlah rakaatnya, maka qiyam Ramadhan pun demikian.
Solat sunat Ramadhan lapan rakaat, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.anha di rumah, adalah yang minimum. Jumlah ini dipilih oleh segelintir umat Islam. Namun, solat tarawih 20 rakaat menjadi pilihan Imam Shafei, Hanbali dan Hanafi. Alasannya ialah amalan 20 rakaat itu dilakukan oleh Ubai bin Kaab r.a di masjid. Beliau, yang pernah menjadi imam pada zaman Nabi s.a.w, zaman Saidina Abu Bakar r.a dan zaman Saidina Umar r.a, melakukan solat tarawih 20 rakaat,sehingga Saidina Umar r.a pun menetapkan solat tarawih berjamaah di masjid 20 rakaat.
Sebagai hamba kepada Allah yang ingin mengabdi dan berbakti, kita mempunyai pilihan, keupayaan dan kehendak sendiri. Sebabnya, solat tarawih ini ibadat tambahan, dan satu cara untuk menunjukkan kebaktian dan ketaatan kepada Allah, maka Rasulullah s.a.w menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya memadai dengan lapan, atau perlu ditambah hingga 20, itu hanyalah pilihan.
Perlu diingatkan ialah manusia perlu menjaga kesihatan, perlu tidur, perlu rehat seperti yang disabdakan oleh Nabi: “Adakah kamu yang memberitahu aku, kamu berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam? Maka Abdullah bin Amru menjawab: Benar! Maka sabda Nabi: “Jangan buat begitu. Tetapi puasalah, bukalah, solatlah dan tidurlah. Badan kamu ada hak, dan mata kamu pun ada hak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi tentang bacaan surah ini.
Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

Nota:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)

Lafaz niat:

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

PERINGATAN:

Semua solat sunat bersendirian boleh dilakukan dengan cara duduk (solat fardhu tidak sah dilakukan sambil duduk sekiranya berkuasa berdiri)

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawikh pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawikh serta kedua
ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang tarawikh
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
tarawikh pada malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawikh seperti mana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawikh, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang bertarawikh pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala para Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawikh malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang bertarawikh pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang bertarawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawikh pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama


Sekian,jumpa lagi di lain entry ye.
___________________________________________________________

Wednesday, May 25, 2011

Perompak Puaka

Salam readers..hari ni aku nak kongsi suatu cerita yang aku rasa dah ramai orang yang lalui,KES CUBAAN ROMPAK KERETA.Nak jadi cerita aku sekarang pakai kete abah aku iaitu proton wira type R (adik aku cakap ni bukan aku ),ni sumer sebab Myvi aku dah kene hentam masa kat ipoh hari tu,so korang tau la kan wira ni mmg ada boot belakang kan,pg semalam aku macam biasa sementara tunggu wife aku siap make up yang 14 inci tu siap tepek kat muka dia,aku akan round dulu keliling keter check condition tayar & everything,ntah cmne aku terperasan yang kat boot belakang kete wira type R tu socket lubang kuncinye dah takde,cantik je berlubang kat belakang tu,aku pun cepat2 check kalo ada barang yang ilang dari dalam boot tu,tp dah aku check sumer mmg boot pun tak terbukak & memang takde ape pun yang ilang (setau aku la ). So aku pun mcm biasa la anta wife & then g keje,tapi time otw g keje tu sumer jenis maki hamun keluar untuk org yang ambik socket kunci kete wira type  dari mulut aku yang bau colgate ni,hehehe...biasa la pagi2 kan...

tengok lubang kunci dah takde







Masa otw g keje tu baru aku terpikir yang kalo diorg dah amik socket tu means anytime diorg boleh wat duplicate kunci kan,bijak x aku pikir....dah la kunci kete abah ni 1 kunci je dah boleh bukak segala pintu & siap start engine skali,aduiyai....ptg tu terpaksa la aku tukar 1 whole set kunci kete wira ni,tapi aku tukar kunci pintu lain,kunci utk ignition lain.Yang paling best adalah bila aku nak bayar harganye adalah RM 350++!!,memang skali lagi mulut aku keluar carut marut yang amat dahsyat la sebab terpaksa bayar kos yang sangat tinggi untuk tukar kunci pintu 2 bijik,kunci boot belakang & kunci ignition. Memang dasar puaka betul la penyamun ni.

kunci untuk pintu n boot & ignition start

Then,lepas settle sume urusan kat kedai buat kunci tu,aku pun bergegas balik umah,tapi sekali lagi aku dengan bijaknya berpikir ada lebih bagus kalo aku g balai buat report,sebab setahu aku memang polis ada buat rondaan kat area umah aku tu tapi cuma sekali je dalam 1 malam,aku pun pikir macam nak mintak je diorg kerapkan lagi rondaan kat area umah aku tu,sebab kalo nak minta diorang buka booth polis kat area umah aku adalah sangat mustahil,hahahahaha....so aku pun g la singgah balai polis kat area umah aku yang terdekat iaitu Balai Polis Tampoi untuk membuat report polis. Dah citer sume masalah aku kat Kopral polis tu & siap bawak dia g kete tunjuk tempat perompak puaka tu amik socket kunci aku,settle sume baru la aku balik umah.
salinan police report yang blur
Kesimpulan dari cerita ni,aku nak nasihatkan kepada semua yang baca ni supaya tiap kali kalau korang nk naik kereta,korang check la dulu semua part kereta tu,kalo rajin,pusing keliling kereta tu,xrugi mana pun sangat tenaga korang kalo takat pusing sikit,at least dapat gak korang bakar kalori tu kan.Perhati baik2 mane2 part yang mungkin perompak leh amik kesempatan,sekarang ni dah macam2 kes dah aku dengar,aku nasihatkan ni untuk diri sendiri dan semua readers la. Jangan bagi ruang untuk kita kene rompak dengan perompak puaka ni.Sampai sini dulu,aku da keje lain nak buat.Ok.


p/s : abah aku pesan kalo nak kunci pintu keter ke umah ke ape ke..last skali mesti baca BISMILLAH & ALLAHUAKBAR..insyaALLAH tak masuk pencuri.

________________________________________________________


Sunday, May 22, 2011

Tunang

Alhamdullialh,lama sangat dah tak update blog,ni sume disebabkan oleh kerje2 aku & urusan perkahwinan,so hari ni kita update balik semua yang jadi masa 3 bulan sebelum ni.
Alhamdulillah jugak,genap tanggal 30 Januari 2011 aku dgn dia ditunangkan dalam satu majlis kecil yang dihadiri keluarga.Family aku dtg 3 bijik kete yang diwakili Pak Uda sefamily dan keluarga aku sendiri.Diorang sume sampai JB dalam kul 8 mlm cmtu jugak la dan trus stay kat Rumah Alumni UTM yang sangat best.
So ni aku nak share sikit pic semasa majlis tu.

adik aku yang kecik layan cite indon kt Rumah Alumni UTM


  
abah & adik
pak uda & jurucakap perempuan
dad
betul ke cek ni
sarung cincin oleh ibuku
penyerahan check hantaran
adik yang bangga dapat amik pic
hadiah dari pihak perempuan
makan2
abah with abg ipin

Ok,takat tu dulu,nanti aku upload lagi pic yang lain2 ye..

___________________________________________________________